Wednesday 14 December 2016

ASAS STATISTIK - Simple statistic for beginners

Tujuan statistik adalah untuk meramal apa yang akan berlaku pada populasi. Perkara pertama yang perlu dikuasai dalam statistik ialah SKALA PENGUKURAN. Maka kita adalah dilarang berangan nak buat anova regression bagai kalau belum jelas tentang topik skala pengukuran ni. Rahsia mudah bagi untuk mengenalpasti skala ialah;

 1. Ingat 4 jenis skala - NORI (nominal, ordinal, ratio dan interval).

 2. 4 jenis skala ini pula dibahagikan kepada 2 iaitu:
        a). BERKATEGORI - nominal & ordinal
        b). KUANTITATIF   - ratio & interval

3. Untuk data berkategori, ingat bahawa datanya berkategori
    Nominal: ingat 'NO' (no order, no rank) - cth: jantina, warganegara, kaum, yes/no
    Ordinal  : ORDER - cth: tahap kemiskinan, julat umur (a. 5-10 thn. b. 11-15 thn)

4. Untuk data kuantitatif, ingat bahawa semua benda BOLEH DIUKUR
    Ratio    : boleh ada perpuluhan - cth: "Berapakah pendapatan anda (a. 3,000. b. 4000)
    Interval: TIADA PERPULUHAN - cth: nombor interger, saiz kasut dan suhu.


 


* jika di dalam SPSS, skala bermaksud kuantitatif (ratio/ interval).
  
Jengjengjeng.....senang kan nak kenalpasti jenis data berkategori/ kuantitatif? Ok test kejap.

Jawab a - nominal.  b - ordinal.  c - ratio.  d - interval

1. Tahap kepuasan pelanggan
2. Jenama kereta pilihan rakyat Malaysia
3. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah
4. Bilangan ahli dalam rumah
5. Sektor pekerjaan






1 comment:

  1. Mysore casino is opening with the public for $400m
    The casino, owned and operated 공주 출장안마 by 시흥 출장안마 Caesars Entertainment, 동해 출장안마 was opened in September of 2020 by 김포 출장샵 the 강원도 출장샵 California Lottery, Inc.

    ReplyDelete