Friday 16 December 2016

ANOVA

Ujian anova menggunakan F-test. F-test ialah ujian statistik yang mempunyai F-distribution di bawah hipotesis nol (Ho). 

Data yang boleh menggunakan anova hanyalah data kuantitatif (interval & ratio) sahaja, dengan 3 atau lebih independent group.

Apa beza one way anova dengan two way anova?

One way anova mempunyai 1 set data atau 1 pemboleh ubah.
Two way anova mempunyai 2 set data atau 2 pemboleh ubah.




Kalau Three way? samalah...3 set data /pemboleh ubah

Syarat untuk ujian Anova ialah;

i) data bertaburan normal
ii) sampel bebas (independent)
iii) varians semua kumpulan mesti sama

Masa belajar stats dulu, formula yang diajar oleh lecturer (lecturer hensem...shhh...) panjang berjela...nak tengok?
Tapi sebab lecturer tu hensem, mudahlah juga nak tangkap topik ni. Kalau nak tahu, ada cara yang lebih mudah nak kira nilai Fcal ni tanpa beriya hafal formula macam kat atas tu.
Hanya perlu cari nilai [A], [Y] dan [T] saja untuk dimasukkan dalam jadual anova.



STEP 1



[A]    [(∑a)² + (∑b)² + (∑c)²]

           n dalam kumpulan


[Y]    kuasa 2 kan semua data,kemudian jumlahkan semua




[T]    ∑ (a + b + c)2

           Jumlah n






STEP 2

Masukkan maklumat [A], [Y], [T] dalam jadual anova



ss

df
   ms
Bg
[A]
A-T
 ÷
     k-1  =

÷
Wg
[Y]
Y-A
 ÷

    n-k  =


Total
[T]



  
 * Bg = between group
     Wg = within group
     ss = sum of square
     df = degree of freedom
     ms = mean of square

Siap...lepas tu, baru tengok jadual f...macam tu je...simple kan? Jadual anova ni sama macam jadual anova SPSS, cara bacanya pun sama. Tak jelas? Ok, kita tengok contoh jalan kerja anova pula.

Katakan kita ada 3 set data:


a
b
c
4
6
5
5
4
7
3
4
6
2
5
6

 


Penyelesaian

Step 1: cari [A], [Y] & [T]

[A] Jumlahkan setiap kumpulan, kuasa 2kan & tambah semuanya, kemudian bahagi dengan bilangan sampel dalam kumpulan

a
b
c
4
6
5
5
4
7
3
4
6
2
5
6
14
19
24

[A] =  14+ 192  + 242
                      4


      =  1133
             4
      = 283.25

[Y]    kuasa 2 kan semua data, kemudian jumlahkan semua

a
b
c
42
62
52
52
42
72
32
42
62
22
52
62

[Y] = 16 + 25 + 9 + 4 + 36 + 16 + 16 + 25 + 25 + 49 + 36 + 36
      = 293

[T] = jumlahkan semua data, kuasa 2 kan & bahagikan dengan        jumlah keseluruhan sampel

[T] = (4 + 5 + 3 + 2 + 6 + 4 + 4 + 5 + 5 + 7 + 6 + 6)2
                                          12
       = 572
          12

     = 270.75

Step 2: Isi maklumat dalam jadual


ss

df
   ms
Bg
[A]
12.5
÷
     2   =
6.25
÷
Wg
[Y]
9.75
÷

      =
1.08

Total
[T]



5.79


Fcal = 5.79

Rujuk jadual F distribution, dengan;
df Bg  = 2
df Wg = 9
Image result for f table 
F crit = 4.26

Maka, F cal > F crit
            5.79 > 4.26  → reject Ho

Settle...Masih kurang jelas? Ok, tonton video ni...
  Anova
 

No comments:

Post a Comment